Friday, February 25, 2011

gaji..

hari ni aku nak ckp sal gajii.coz ari ni masuk gaji..haha

lepas byr duit sewa umh,bg fmly,reload touch n go, topup..tinggal la separuh dri gaji..fuhhhh!!cne nk survive lg sebulan nie..haha..

ni aku nk sahre dgn korng la...

act ni membe aku bg ..so aku share la dengan sapa2 yg bce blog nie la..

1. Tabung hari-hari depan (10% dari gaji)
Nama pun dah menunjukan bahawa tabung ni untuk kegunaan masa depan tatkala dah berhenti kerja kelak. contohnya, kalau gaji bulanan ialah rm3000, maka rm300 masuklah dalam tabung ini. Kalau nak best lagi, utk simpanan, simpan dalam saham macam asb ka.

2. Tabung simpanan utk berfoya-foya masa akan datang (10%)
Hah. lagi 10 % gaji tu disimpan dalam tabung ni. apa kegunaan tabung ni? tabung ni berguna utk perbelanjaan besar masa depan macam nak pergi umrah ka, haji ka, melancong ke paris ka, tak pun nak upgrade perabot ka. artikel tu suggest lagi, tabung ni boleh pecah dua pula, satu utk simpanan p haji, satu lagi utk aktiviti yang lain. kira bila dah pecah dua, maka bahagi la setiap tabung tu 5%.

3. Tabung hari-hari guna (50%)
yang ni tabung untuk kegunaan wajib kita sehari-harian. duit dalam tabung ni lah digunakan untuk bayar rumah, topup, bil letrik, bil api, hutang umobile, bayar ptptn, lampin anak, susu anak, muehehee..

4.tabung belajar (10%)
bukan. ni bukan tabung untuk bayar yuran sekolah anak. duit ini untuk diri sendiri. maksudnya, kalaulah kita tiba-tiba nampak iklan kursus memasak seperti chef itali. pastu rasa nak join dan ada yuran, hah, pakailah duit utk tabung ni. selain tu, boleh pakai utk beli buku2. kan ke tu education tu.

5.tabung buat orang lain gembira (10%)
lagin 10% tabung ialah untuk buat orang lain gembira. maksudnya, dermakan pada orang lain. dalam surah Al-Munafiquun:10, Tuhan dah sarankan kita untuk menderma. dermalah pada anak2 yatim.

6. Tabung berfoya tak ingaat (10%)
Hah. ini ah tabung paling best. utk berfoya, bershopping, belanja diri sendiri, dan apa-apa sahaja utk kegunaan dan kepuasan diri.

bermaksud tabung2 ni tak lah semestinya kena ada 6 bank akaun. kira ini antara cara pembahagian duit lah.. oraiit!..

p/s: terima kasih kepada yg share nie..:)

3 comments:

Fatiehah said...

hhaha. tabung seronok2 tu ley la belanja sy kan?

-zArEp- said...

tabung lgi 10% peratus diberi name tabung donutku iaitu tabung yg wajib dilakukan bg mnderme donut2 kepada anak2 sperti ak yg mngidamkn donut :P

luxperpetua said...

so, kau da ade 6 tabung tu? hee