Thursday, March 4, 2010

heartless..nothing inside..need motivation..

Dari email yg dihantar oleh DR LATIFFAH, my supervisor for final year project..


Saya amat kecewa dengan hasil penulisan bahagian keputusan yang anda semua serahkan kepada saya. Ini menunjukkan sikap anda yang tidak mengambil berat tentang hasil dan kualiti kerja yang dihasilkan. Setakat ini, hanya SEORANG SAHAJA daripada anda semua yang saya lihat cuba dan berusaha untuk menghasilkan penulisan yang baik. Saya telah pun memberi penerangan tentang penulisan tesis dan anda semua telah pun menghadiri bengkel penyediaan tesis yang dianjurkan oleh pusat pengajian.

Daripada penulisan bahagian keputusan yang telah saya semak, kesimpulan yang boleh saya buat adalah :

1) Anda membuat kerja sambil lewa dan tidak langsung berusaha untuk merujuk tesis-tesis yang lepas bagaimana untuk mempersembahkan jadual dan gambarfoto dengan baik.

2) Ramai di kalangan anda semua yang CUMAmeletakkan jadual dan gambarfoto tetapi tidak dinyatakan dalam text jadual dan gambarfoto tersebut. Ini menunjukkan sikap anda yang tidak mengambil perhatian terhadap apa yang telah saya terangkan dan tidak merujuk kepada tesis-tesis yang lepas. Saya tegaskan di sini, semua jadual, gambarfoto dan gambarajah yang disertakan dalam tesis PERLU dinyatakan dalam text.

3) Anda tidak TELITI. Banyak kesilapan EJAAN dan nama saintifik tidak di ‘italic’. Saya boleh lagi bertoleransi jika kesalahan ejaan berlaku tidak terlalu kerap. Jika berlaku terlalu kerap bermakna anda tidak teliti dan buat kerja sambil lewa.

4) Gambarfoto – banyak yang kurang memuaskan. Perkara ini saya telah tekankan dan saya telah pun memberikan contoh gambarfoto yang anda semua perlu sertakan dalam bahagian keputusan.

5) Susunan gambarfoto yang tidak mengikut aturan yang betul. Ini menunjukkan sikap ambil mudah.

6) Ada di antara anda semua masih tidak tahu untuk menulis rujukan dengan betul walaupun saya telah terangkan cara yang betul untuk menulis rujukan. Ini amat mengecewakan saya.

Dari hasil kerja yang anda telah lakukan, gred yang anda semua boleh perolehi adalah C. Jangan harap anda akan mendapat gred A jika anda semua tidak mengubah sikap.

Saya telah nyatakan beberapa kali, saya tidak akan bertoleransi dengan sesiapa yang membuat kerja dengan ‘cincai’ (sloppy work). Mulai hari ini, saya TIDAK AKAN MENGHANTAR sebarang sms untuk anda berjumpa dengan saya. Jumpa saya atas initiatif sendiri dan bergantung kepada nasib masing-masing.

Saya hanya akan memberi peluang kepada anda semua sekali SAHAJA lagi. SAYA TIDAK AKAN MENYEMAK DRAF YANG TIDAK DITULIS DENGAN BAIK DAN TIADA KETELITIAN. .

Saya hendak tegaskan juga di sini, PASTIKAN semua bahan rujukan yang anda gunakan, ada disertakan di bahagian rujukan. Bahan-bahan rujukan tersebut, hendaklah ditulis dengan format yang betul. Gunakan program ENDNOTES untuk memastikan semua bahan rujukan disertakan di bahagian rujukan.

SAYA HANYA AKAN MEMBANTU SESIAPA YANG MEMBANTU DIRINYA SENDIRI.

5 comments:

azim1706 said...

naseb bek ko x copy skali ayat yg last tuh..huk3~

Anonymous said...

takpe zanna... cheer up. still ade masa lagi nak cover suma tu. she asked that for good, tho. untuk menaikkan semangat ko, sila anggap yang hanya seorang tu ialah ko

:)

aKu Ruzanna.. said...

azim: xkn la ku nk nyatakn di sni..hehe..

chameytto ni syhami erk..huhu..thanks!

Unknown said...

lecturer zana mahu zana jadi terbaik.. sebab tu dia particular.. kalau bos, dia lempar keluar report yang tak bagus..

cuba jadi macam salesman.. presentation perlu yang terbaik walaupun isinya sempoi aje..

cuba jadi lain dari yang lain ok..

CPM Nadiah Azizan said...

mak aii.. garang noo..takut sahye..

xpe zanna keep it up..

boleh2..

p/s : aikkk..azim pon dpt bende same kah??